Latar belakang Pemberontakan Yihetuan

Asal-usul Yìhétuán

Yihequan (義和拳, "Penumbuk Adil dan Harmoni" muncul dari kawasan pedalaman utara wilayah Shandong yang banyak dikenali kerana pertubuhan agama dan pertahanan diri yang wujud di sana. Masyarakat yang menganggotai kelompok ini mengamalkan suatu ilmu rasukan yang turut melibatkan lagak hayunan pedang serta pengucapan mantera-mantera untuk dewa-dewi.[1]

Semangat ingin melawan balik penjajahan Barat sangat menarik perhatian terutamanya dalam kalangan belia pedalaman di sana yang ketiadaan pekerjaan.[2] Puak Yihetuan ini mempercayai diri mempunyai, kebolehan lut senjata api mahupub bilahan tajam. Malah, mereka juga percaya akan adanya penurunan askar-askar dari Syurga yang akan datang menolong menyingkirkan segala jejak penindasan asing dari pelusuk China.[3]

Faktor politik lain